Servis Cetak Baju Murah Hanya Di PrintingBaju.com

Ramai individu serta syarikat diluar sana amat menitikberatkan faktor harga sekiranya ingin mendapatkan servis cetak baju. Harga yang murah pasti menjadi pilihan utama kerana ia dapat menjimatkan belanja.

Untuk mendapatkan harga cetak baju yang murah, terdapat 2 kriteria utama yang perlu diambil kira iaitu :

Jumlah Warna Cetakan

Dalam penggunaan teknik silkscreen printing untuk cetakan baju, jumlah penggunaan warna adalah amat memberikan kesan terhadap kos cetak baju. Ini kerana, setiap satu warna yang digunakan itu perlu menggunakan blok cetakan yang berlainan. Sebagai contoh, sekiranya design anda mempunyai 10 warna maka 10 blok cetakan jugalah perlu digunakan untuk mencetak baju anda. Sekiranya anda menggunakan jumlah warna yang sedikit pula, sudah pasti kos cetak baju tersebut akan menjadi lebih murah kerana sedikit blok cetakan digunakan.

Kuantiti Tempahan Baju

Sekiranya tempahan baju itu dibuat dalam kuantiti yang banyak (100 helai ke atas), kos untuk menghasilkan baju itu menjadi lebih rendah kerana kos penghasilan blok menjadi lebih rendah. Anda juga pasti mendapat cetak baju dengan harga murah!

Dua faktor di atas adalah penentu utama untuk anda mendapatkan servis cetak baju yang murah. Sekiranya anda ingin mendapatkan harga cetak baju yang murah, sila layari laman web kami di PrintingBaju.com sekarang juga. Harga cetak baju murah pasti menanti anda!
UA-47810113-2